Tuesday, February 12, 2008

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang saya ucapkan kepada saudara/i kerana sudi singgah sebentar di laman web saya http://www.rumah-relax-ummi.blogspot.com .
Walaupun rumah ini tidak seberapa, namun apa yang saya harapkan semoga apa yang saudara/i akan perolehi di sini, sama ada ianya berbentuk maklumat,nasihat,panduan dan sebagainya yang saya perolehi sama ada daripada pengalaman saya,pemberian kawan-kawan,guru-guru, bahan bacaan dan sebagainya akan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita bersama. semoga perkongsian maklumat ini akan dapat membantu kita agar apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripadaNya.
Harapan saya juga, Semoga dengan adanya rumah-relax-ummi ini,ianya akan menjadi penghubung kepada seluruh pelayar-pelayar internet di seluruh dunia untuk singgah di sini dan dapat menikmati hidangan yang disajikan sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.
Wassalam